Friday, June 6, 2008

Peraduan 100 Hari 100 Kereta haram - Mufti

KANGAR 4 Jun - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom Mobile Sdn. Bhd., kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurutnya, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

"Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian. Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, kerajaan juga harus meneliti dan memberi perhatian terhadap peraduan itu dan jika boleh menarik balik atau membatalkannya.

"Saya melihat peraduan ini lebih menguntungkan penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya pula kehilangan wang akibat pertaruhan seperti itu. Bayangkan kalau seorang menjawab sehingga 50 soalan kerana belum dapat meneka atau menjawab dengan tepat, berapa banyak wang mereka akan hilang," katanya.

Peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom Mobile Sdn. Bhd., itu bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini. Ia menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi setelah menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada pelanggan Celcom.

Petikan dari Utusan Malaysia Khamis 05 jun 08

betul gak kate nye..tak ubah macam kita pergi chai nombor kat kedai ekor..utk 1 soalan aje cas RM5 akan di kena kan..syarat nye anda harus mengumpul point jawapan sehingga 1 juta untuk layak nama di masuk kedalam senarai untuk di undi atau cabutan sebagai pemenang..pitam nak layan nih...1 jawapan = 150 point aje tu..perghhh...

haram...

haramm....

harammm...

nih kire tikam nombor yg tiket dia RM5 la nih..same la tu...lagi la teruk... kot biasenya org tikam nombor pun 1 tiket RM1 aje untuk 1st prize dia RM5000 nye..nih terus dia suruh tapau RM5 aje terus nih... betul kate mufti tu...aku sokong... aku sokong...

nih di ibarat kan umpama membeli nombor melalui h.set la rupe nye...sekali tikan RM5.. gerenti kene nye...komprommmm.... kene tu kene la tapi....... kene tipu....... kampeni talipon tu gak la yang kaye.....

kalo buat isi minyak tu..perghh...setiap RM5 tu akan membawa kebahagiaan untuk memandu....

No comments: